Aku kena pi BTN kat Balik Pulau. Aduh sebelum pi rasa macam liat ja nak ngemas barang...dah tu kena pakai baju putih lak. So, aku pi la cari baju sekolah jer senang. Balik try mak ayah, hubby, adik2 suma cakap memang mcm budak sekolah. Huhu apa maknanya? Am i so young? (ahaks perasan lak!) Tapi kat sana xleh on handset, klu nak on pun bukannya ada coverage pun. Tempat yang aku nak pi tu, Pulau Bentong yang masa tahun 2004 dulu pernah dilanda tsunami. Kesan2 tsunami pun masih ada lagi. Kat sana barulah aku tau ramainya la junior 1 sem aku dapat AVO. Senior pun ramai jugak... Aku pi sana tumpang Kak Yani. Peserta dari JPPH Seberang Perai 6 orang semuanya. 5 orang AVO, sorang VO. Peserta keseluruhan, raaaamai...130++ lah...dari pelbagai jabatan, ada cikgu, ada jururawat, ada juruteknik pergigian etc. Apa yang xsangka tu, dalam ramai2 tu aku dipilih jadi MC untuk ceramah sesi pertama pada malam hari pertama tu jugak...uwaaaa...xsuka la....tapi aku ok jer.... time sesi dalam kelas lak, aku selalu tersengguk dalam kelas. Malu jer sebab 1 kelas ada 9 orang ja...Paling best bila tiba hari nak balik, xsabar nak jumpa hubby. Hubby dah tunggu aku di rumah sewa aku kat seberang Perai. hooraaayyy...
-JPPH staff : En.Haneef, Sufiah, Kak Ija, Kak Yani, Kak Ani & Nizam-
04/06/2009-15/07/2009
Pi Kursus Induksi Umum, Induksi Khusus & Kursus Jabatan (Modul1-Modul 3). Lamanya...Perjalanan ke sana aku pi ngan Kak Yani jugak. Untuk induksi, dari JPPH Seberang Perai 3 orang jer yg boleh pi ; Aku, En. Haneef & Kak Yani. Urm...Kat sana ok, makanan sedap2 tapi menu boleh hafal lah.hahaha Bilik macam hotel, ada aircond, tv...lengkap lah...kat sana aktiviti awal oklah. Tapi bila dah start masuk kelas...lemah lutut aku. Aku punya la nyenyak tidoq dalam kelas, nasib baik kak Yani selalu kejutkan aku.isk isk isk... Sabaq jela... Kat sini jugak petang2 mesti ada aktiviti sukan. Tapi hati aku jadi xbest nak bersukan (kalau tidak aku ni pantang ajak main). Hujung minggu pertama aku balik kg nak amik laptop, aku jumpa hubby. Wow, Syukur pada Allah. I’m pregnant. Hubby aku la yang happy. Tapi kami berdua ja yang tau, hubby xkasi aku bgtau sesiapa lagi tapi balik INSPEN, aku bgtau la kat penyelia sukan. Kang jadik apa2 nyesal xguna. Dah bgtau penyelia, heboh la semua peserta...huhu malu betul. Tapi lepas tu aku dapat layanan special. Hahah yang ni aku suka. Keadaan aku ok ja kat sana sampai la hujung2 kursus modul, aku alah teruk sampai xboleh bangun. Makan jer muntah, badan pun jadi kurus. Nasib baik kat sana ada raaaaaamaaaaiii yang sudi tolong aku & amik berat pada aku. Kak Bai, Kak Fiza, Kang Syafiq, Sani dan ramai lagi. Diorang ni la take care gila kat aku. Allah ja yang mampu balas jasa diorang. Memandangkan keadaan aku dah teruk sangat, aku minta skip kursus terakhir modul 3. Lagipun dah nak kenduri. Risau betul aku. Balik kampung pun kawan2 yg banyak tolong..TERIMA KASIH....TERIMA KASIH..... TERIMA KASIH..... On the way balik tu pulak, bas tayar pancat tapi driver tu bawa bas tu sampai ipoh..uwaaaa lambat gila. Siput lagi cepat rasanya. Aku bertolak pukul 11 malam, pukul 12 tghr baru sampai kat Alor Setar… Lama gila… Nasib baik sampai ja kat Shahab Perdana, hubby dah ada. Kalau x, meraung aku kena tunggu lagi… Sampai Guaq aku terus melantak mee goreng yang mak buat (sebelum balik dah pesan kat mak wat mee goreng, aku kempunan nak mkn mee goreng mak) punyalah berselera 4 pinggan aku melantak. Bising hubby aku...huhu...
Kak Bai
0 comments:
Post a Comment