Friday, April 1, 2011

Syafi Umar yang naughty...

Hari ni my last day datang keja sebelum bercuti panjang. Saja aku amik cuti awai 2 minggu ( cuti rehat tu... 10 hari... baki cuti aku ada lagi 11 hari ja... huhu ) untuk spent masa dengan Syafi Umar, yalah lepas ni dia dapat adik kena bahagi masa untuk adik dia jugak. Dahla kena tinggai kat pengasuh awai, aku balik lak xtentu tapi selalunya lambat lah...

Ohya nak Rabu lepas aku amik emergency leave sebab Selasa time aku baru balik keja tu Syafi Umar terjatuh & terhentak muka dia di tepi rak tv... Aiyakkk!!! kuat bunyiknya, bila aku angkat ja Syafi Umar... MasyaAllah... darah dah penuh kat mata dia, kelopak kening dia terkoyak... Bergerak pantas aku pun amik kain lap darah tu siap apa yang patut ajak hubby p spital.

Hubby pun memecut ke spital Sultanah Bahiyah... bahagian kecemasan... dalam kereta Syafi Umar dah berhenti nangis & mula aktif semula. Haisshh anak aku ni... xserik-serik!!! Alahamdulillah selepas bilik saringan tunggu dalam 15m kami masuk bilik prosedur... Nasib baik xjahit... diorang gam ja luka tu. Tu pun puas la nak gam sampai gam tiub tu dah kering & kena tukar yang baru... Syafi Umar punyalah meronta-ronta.... Finally, berjaya jugak... fuh lega...

Dah balik aku berharap la yang Syafi Umar tido awal... rehat... tapi hampeh... Sampai ja umah ada ja projek yang dia nak buat. Mak, ayah pun mai tido di umah aku bila aku gtau pasai Syafi Umar... mak ayah memang macam tu... risau sangat kalau apa-apa terjadi pada anak cucu.

Awal pagi esoknya mak ayah balik pukul 5 sebab ayong & ayang nak sekolah. Terharu sangat aku dengan pengorbanan & keprihatinan mak & ayah. Dahla semalam ayah tido lambat dok melayan Syafi Umar... bergomoi sakan ngan wan dia...ishh... anak umi...anak umi....