Friday, June 18, 2010

Wow…2 minggu yang agak sibuk ke sana ke mari… Ulang alik dari Langgar, Seberang Perai, Guar Chempedak & Jeneri…. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang 2 minggu ni ~ of coz kerjalah, balik ambil tempahan baulu mak di samping menghadiri jemputan kenduri kendara rumah kawan2 & saudara mara serta ziarah tokwan yang sekarang dalam keadaan yang boleh dikira tenat. Jam 2 pagi tadi aku baru ja selamat sampai di rumah mak di Guaq Chempedak dari Putrajaya. Bertolak dari Putrajaya jam 9 malam. Oh lupa nak mention…Aku ke Putrajaya untuk hadiri kursus Asas Penilaian Modul 3 (sepatutnya tahun lepas dah setel tp aku skip sebab dekat sangat dengan kenduri kahwin aku + mabuk2 morning sicknesss ngandungkan my handsome boy). So, tahun ni aku datang lagi lah… yang sukanya datang tahun ni aku dapat jumpa dengan Aimi Amira. Sahabat baik aku masa study di UiTM dulu. 4 tahun xjumpa, rindu sangat. Macam mimpi pun ada bila dah dapat jumpa (Aimi sekarang dah jadi pegawai & dalam proses habiskan Master…bangga betul aku bila Aimi dah sampai tahap tu). Aku? Hehehe….coming soon lah kot bila tiba masanya…yang kelakarnya bila jumpa Aimi tu…aku punyalah excited & tangkap leleh siap nangis2 lagi…hehehe hilang habis kebrutalan aku. (Yalah sekarang dah bergelar ibu, jiwa pun makin sensitif..hehe) Hmmm…seminggu sebelum aku berkursus pulak merupakan minggu yang sangat tension…tapi memandangkan masa aku dok taip n3 ni hati aku dah sejuk aku pun malas nak cerita panjang2 pasal tu..hehe… So, ini la sesimple2nya n3 aku untuk 2 minggu yang dah berlalu ni…

p/s*aku memang suka rumus banyak2 peristiwa dalam 1 masa pun….heheh --- patutnya aku upload beberapa gambar ni tp USB Cable lak tertinggal. So, next n3 jer....