Thursday, September 17, 2009

Kat airport dah ni...
3 orang puteri mak ayah
Esoknya...majlis di rumah hubby la pulak...gambar kat aku masa kenduri rumah hubby xbanyak...cameragirl aku balik awal...dok tunggu gambar yang kawan hubby amik tu lambat sangat...so, kaklong nanti2 la i upload lagi yer....




the end..... maka sudahlah cerita beberapa bulan yang lalu....

Ringkasan perjalanan sebelum majlis resepsi

On 28/05/2009 - 31/05/2009

Aku kena pi BTN kat Balik Pulau. Aduh sebelum pi rasa macam liat ja nak ngemas barang...dah tu kena pakai baju putih lak. So, aku pi la cari baju sekolah jer senang. Balik try mak ayah, hubby, adik2 suma cakap memang mcm budak sekolah. Huhu apa maknanya? Am i so young? (ahaks perasan lak!) Tapi kat sana xleh on handset, klu nak on pun bukannya ada coverage pun. Tempat yang aku nak pi tu, Pulau Bentong yang masa tahun 2004 dulu pernah dilanda tsunami. Kesan2 tsunami pun masih ada lagi. Kat sana barulah aku tau ramainya la junior 1 sem aku dapat AVO. Senior pun ramai jugak... Aku pi sana tumpang Kak Yani. Peserta dari JPPH Seberang Perai 6 orang semuanya. 5 orang AVO, sorang VO. Peserta keseluruhan, raaaamai...130++ lah...dari pelbagai jabatan, ada cikgu, ada jururawat, ada juruteknik pergigian etc. Apa yang xsangka tu, dalam ramai2 tu aku dipilih jadi MC untuk ceramah sesi pertama pada malam hari pertama tu jugak...uwaaaa...xsuka la....tapi aku ok jer.... time sesi dalam kelas lak, aku selalu tersengguk dalam kelas. Malu jer sebab 1 kelas ada 9 orang ja...Paling best bila tiba hari nak balik, xsabar nak jumpa hubby. Hubby dah tunggu aku di rumah sewa aku kat seberang Perai. hooraaayyy...

-JPPH staff : En.Haneef, Sufiah, Kak Ija, Kak Yani, Kak Ani & Nizam-

04/06/2009-15/07/2009

Pi Kursus Induksi Umum, Induksi Khusus & Kursus Jabatan (Modul1-Modul 3). Lamanya...Perjalanan ke sana aku pi ngan Kak Yani jugak. Untuk induksi, dari JPPH Seberang Perai 3 orang jer yg boleh pi ; Aku, En. Haneef & Kak Yani. Urm...Kat sana ok, makanan sedap2 tapi menu boleh hafal lah.hahaha Bilik macam hotel, ada aircond, tv...lengkap lah...kat sana aktiviti awal oklah. Tapi bila dah start masuk kelas...lemah lutut aku. Aku punya la nyenyak tidoq dalam kelas, nasib baik kak Yani selalu kejutkan aku.isk isk isk... Sabaq jela... Kat sini jugak petang2 mesti ada aktiviti sukan. Tapi hati aku jadi xbest nak bersukan (kalau tidak aku ni pantang ajak main). Hujung minggu pertama aku balik kg nak amik laptop, aku jumpa hubby. Wow, Syukur pada Allah. I’m pregnant. Hubby aku la yang happy. Tapi kami berdua ja yang tau, hubby xkasi aku bgtau sesiapa lagi tapi balik INSPEN, aku bgtau la kat penyelia sukan. Kang jadik apa2 nyesal xguna. Dah bgtau penyelia, heboh la semua peserta...huhu malu betul. Tapi lepas tu aku dapat layanan special. Hahah yang ni aku suka. Keadaan aku ok ja kat sana sampai la hujung2 kursus modul, aku alah teruk sampai xboleh bangun. Makan jer muntah, badan pun jadi kurus. Nasib baik kat sana ada raaaaaamaaaaiii yang sudi tolong aku & amik berat pada aku. Kak Bai, Kak Fiza, Kang Syafiq, Sani dan ramai lagi. Diorang ni la take care gila kat aku. Allah ja yang mampu balas jasa diorang. Memandangkan keadaan aku dah teruk sangat, aku minta skip kursus terakhir modul 3. Lagipun dah nak kenduri. Risau betul aku. Balik kampung pun kawan2 yg banyak tolong..TERIMA KASIH....TERIMA KASIH..... TERIMA KASIH..... On the way balik tu pulak, bas tayar pancat tapi driver tu bawa bas tu sampai ipoh..uwaaaa lambat gila. Siput lagi cepat rasanya. Aku bertolak pukul 11 malam, pukul 12 tghr baru sampai kat Alor Setar… Lama gila… Nasib baik sampai ja kat Shahab Perdana, hubby dah ada. Kalau x, meraung aku kena tunggu lagi… Sampai Guaq aku terus melantak mee goreng yang mak buat (sebelum balik dah pesan kat mak wat mee goreng, aku kempunan nak mkn mee goreng mak) punyalah berselera 4 pinggan aku melantak. Bising hubby aku...huhu...

Kak Bai
Hj Samuri Sate Kajang
PutraJaya


08/05/2009 - MALACCA

Seminggu lepas nikah, aku, Syahlan dan mak went to Malacca.. Bukan untuk honeymoon lah, tapi nak pi ambik adik ct dan barang2 dia kat UiTM Alor Gajah. Dah habis final year diploma. Sambil2 tu kami pi la jalan2, seronok dapat bawa mak berjalan-jalan. Ingat masa kecik-kecik dulu petang2 mak ayah suka bawa kami adik-beradik relax-relax tepi pantai, tengok keindahan alam semulajadi...huhu best la zaman kanak-kanak dulu. Perjalanan ke Melaka bosan gak sebab naik highway, drive tukar-tukar ngan Syahlan. Kami singgah untuk makan dan solat kat 2 perhentian. Kami bertolak dari Butterwoth pukul 10 pg, petang hampir maghrib baru sampai. Alhamdulillah kat sana, penginapan dah di cari. Semua jasa baik my best best best friend Paan la yang tolong. Selama adik ct belajar kat sini pun aku banyak harapkan dia untuk tengokkan adik aku. thanx dude. Malam sikit kami pi hantar adik ct kat uitm sebab esoknya dia ada exam. Hari ketiga di Melaka, breakfast, pi amik barang adik ct, kami terus bertolak balik Kedah.



-Hubby, Paan & Aku-
-pi Melaka wajib kena bergambar ngan beca. heheh-



-aduh, masa ni panas betul-
-adik ct & mak-
-beca yg aku & hubby naik x secantik dan meriah beca yg mak naik.uwaaa-










Wednesday, September 16, 2009

My Day : 1st May 2009

:-) bila return back pada 01/05/2009 make me smile...smile...smile....ini hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Aku bergelar isteri kepada Syahlan. 9 tahun perjalanan hubungan kami, terlalu banyak yang berlaku. Demi Allah aku amat bersyukur... Finally kami benar-benar ada jodoh. Walaupun beberapa kali hubungan kami hampir seperti telur di hujung tanduk. (Bukan sebab kami bergaduh tapi anasir luar yang menjadi punca...huhu)
Macam mana pun, hari ni kami sama-sama menjadi hakmilik mutlak sesama sendiri. Well, rasanya setakat ni jer catatan hari pernikahan aku. Nak kejar banyak lagi peristiwa ni... kat bawah ni gambar hari pernikahan. xdalah attached banyak sangat sebab lambat nak upload. Thanx untuk camera-girl aku, adik ct sebab amik gambar yang rasanya boleh tahan cantik.


-Inai di jari-
-Rombongan pihak lelaki tiba di Masjid Al-Wusta, Guaq-
-sign surat nikah-
-Syahlan baca taklik-
-Dah selamat jadi isteri Syahlan dengan 1 lafaz. Balik umah untuk jamu selera-
-Sarung cincin di jari (ni eksyen jer, nak bergambar. Kat masjid tadi dah sarung cincin untuk batal air sembahyang)-
-paling suka gambar ni-

-perbezaan saiz badan yang ketara kan?-
-my housemate; Liza & adik CT-
-Antara kawan2 sekolah yang datang-
-my lovely mom-



26 April 2009

Alhamdullillah...Hari ni selesai semua dokumen-dokumen untuk pernikahan aku & Syahlan. urm? cerita bab nikah? heheh yup! aku dan Syahlan dah berbincang dengan keluarga masing-masing untuk percepatkan pernikahan. Sebab nama aku dijangkakan terlibat dengan kursus BTN dan Induksi bermula hujung bulan nanti sampai pertengahan bulan 7. So, kedua-dua belah pihak pun setuju kami nikah dulu, kenduri kemudian lah selepas aku habis kursus. Persiapan xlah banyak sangat sebab hari nikah nanti cuma buat kenduri sikit-sikit ja. Hantaran semua bawa hari kenduri. So, x la teruk sangat. Huhu sebenarnya hati berdebar-debar bila makin dekat dengan hari pernikahan. Lupa nak mention, our day on 1 Mei 2009. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.

19 april 2009

Mak & Ayah
Tunang sufiah
Kek birthday aku (xda kena mengena)
Okay guys...memandangkan aku nak return back beberapa peristiwa penting lalu, i think i'll start from 19 april 2009. Kenapa? tarikh ni birthday my dad;shuib (19/04/1953) and my fiance;syahlan (19/04/1983) urm masa ni la syahlan masih tunangan aku belum bergelar my hubby lagi tau. Sebab tu sedikit sebanyak sikap dan kegemaran ayah dan syahlan ada persamaan. tahun ni ayah dah 56 tahun, harap-harap di usia ini ayah akan menemui sesuatu yang mungkin ayah cari dan bahagia bersama isteri tercinta, kami anak-anak ayah serta cucu-cucu ayah yang semuanya nakal-nakal.huhu.. this year aku takda beli kek kat ayah macam tahun sebelum ni pun..bajet tak cukup laa...dah tukar tempat kerja, gaji xdapat la untuk beberapa bulan walaupun aku sambung perkhidmatan sebab nak setel prosedur tukar jabatan dulu...uwaaa...apa pun aku tetap jadi orang first yang wish birthday pada ayah... :-) Then, my lover pulak...tahun ni syahlan dah 26 tahun, tapi rupa macam 29 tahun...huhu dia pun sama jer la, aku bagi kad jer...ekonomi kan down. tapi syahlan xkisah sangat pun. Selalunya aku yang kisah kalau dia lupa birthday aku, tapi sekarang dia dah xlupa la sebab set alarm handset bila tiba birthday aku...hahaha good lah sayang..Well,kat atas sana aku attached gambar ayah (tapi bukan gambar terbaru la,ni gambar ayah dan mak pada hari raya tahun 2007) dan kek birthday syahlan tapi bukan aku beli untuk syahlan tapi syahlan beli untuk birthday aku tahun 2008, haahaa saja nak letak jugak sebab kek ni sedap sangat. Tapi makan sikit ja la, syahlan bising makan banyak sangat.huhu...bawa balik untuk adik-adik la kononya...sampai umah aku melantak la lagi.

Tuesday, September 15, 2009

Lamanya aku tak menjengah ke blog aku ni...memang tak aktif lah!
Well, hari ni aku dah edit apa yang patut untuk meriahkan blog aku ni...
InsyaAllah mulai hari ni aku akan rajin n3! YES! sufiah boleh! ha3 pastu baru nak sebar blog pada kawan2.dalam tempoh masa 6 bulan aku tak n3 kasihsyafia, terlalu baaaaaaanyak perkara yang dah berlaku...tapi sekarang dah tak cukup masa nak karang ni. day by day aku akan ulit kembali memori 6 bulan lalu.