Friday, June 18, 2010

Wow…2 minggu yang agak sibuk ke sana ke mari… Ulang alik dari Langgar, Seberang Perai, Guar Chempedak & Jeneri…. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang 2 minggu ni ~ of coz kerjalah, balik ambil tempahan baulu mak di samping menghadiri jemputan kenduri kendara rumah kawan2 & saudara mara serta ziarah tokwan yang sekarang dalam keadaan yang boleh dikira tenat. Jam 2 pagi tadi aku baru ja selamat sampai di rumah mak di Guaq Chempedak dari Putrajaya. Bertolak dari Putrajaya jam 9 malam. Oh lupa nak mention…Aku ke Putrajaya untuk hadiri kursus Asas Penilaian Modul 3 (sepatutnya tahun lepas dah setel tp aku skip sebab dekat sangat dengan kenduri kahwin aku + mabuk2 morning sicknesss ngandungkan my handsome boy). So, tahun ni aku datang lagi lah… yang sukanya datang tahun ni aku dapat jumpa dengan Aimi Amira. Sahabat baik aku masa study di UiTM dulu. 4 tahun xjumpa, rindu sangat. Macam mimpi pun ada bila dah dapat jumpa (Aimi sekarang dah jadi pegawai & dalam proses habiskan Master…bangga betul aku bila Aimi dah sampai tahap tu). Aku? Hehehe….coming soon lah kot bila tiba masanya…yang kelakarnya bila jumpa Aimi tu…aku punyalah excited & tangkap leleh siap nangis2 lagi…hehehe hilang habis kebrutalan aku. (Yalah sekarang dah bergelar ibu, jiwa pun makin sensitif..hehe) Hmmm…seminggu sebelum aku berkursus pulak merupakan minggu yang sangat tension…tapi memandangkan masa aku dok taip n3 ni hati aku dah sejuk aku pun malas nak cerita panjang2 pasal tu..hehe… So, ini la sesimple2nya n3 aku untuk 2 minggu yang dah berlalu ni…

p/s*aku memang suka rumus banyak2 peristiwa dalam 1 masa pun….heheh --- patutnya aku upload beberapa gambar ni tp USB Cable lak tertinggal. So, next n3 jer....


Monday, May 31, 2010

KaSut oh KaSut

KaSuT...KasuT...kAsUT... Tahu tak jangka hayat sepasang kasut tu berapa lama? Daripada soal jawab yang aku buat terhadap beberapa kengkawan aku, ada 2 perkara penting yang depa a.ka. mereka semua sebut ; JeNAMa & pENjaGAaN... urm... betoi jugak...tapi sekarang aku rasa tak semua orang tengok jenama lagi dah sebab kasut yang tak berapa femes pun laku ja sebab design yang cantik. Kadang-kadang lebih cantik dari kasut yang berjenama cuma mungkin ada kekurangan sedikit dari segi KuALIti. TeTApi kalau dijaga dengan baik kasut ada jenama ka takda ka mesti boleh tahan lama. Cuma yang aku dok konpius sorang-sorang aku ni, MENGAPAKAH daya tahan & jangka hayat kasut aku tak pernah sampai 3 bulan pun? GGGRRRR....(tension dengan kaki sendiri).
Antara kebarangkalian yang dapat aku simpulkan ~ MUnGkiN kaKi aku ni KaKi aNak Gajah? (GaJAh Pakai KasuT ka?) ~ MuNGkin JugAk aKu meMang suKa HabiSkan DuiT akU + dUit HubBy bEli KasuT? (BanyaK saNgaTlah DuiT aku...) ~ MuNgkIn aKu tAk PanDai Jaga? (Ish Taklah...ok Jer...) ~ KaSUt Yang Aku beLi takda JenaMa? (ImPossible! duLU aku Beli kasUt berJenama SamA ja...TaK tahAn Lama juGak...2 MInGgu Jer.So, Hubby KatA beli ja Kasut yang MuRah, Boleh belI banyaK SEbab kaki AKu KakI makAn Kasut)
Hadoiii...ntahla...lantaklah...Lepas ni aku akan beli kasut BATA ja. [BUkan KaSUT JenAma BATA tapi bata yang dijadikan kasut...huhu]
Hmmm...antara satu yang paling sadis tentang kasut aku bila satu-satunya kasut aku yang paling lama jangka hayatnya bersama aku (3 tahun- berkat kasut yang mak belikan) pun dah k.o petang tadi. Dalam keasyikan & kelam kabut aku dok susun langkah ligan (kejar) bas patah la pulak tumit sebelah kiri tu. Tercabut terus, sebab nak cepat jugak aku takdan (tak sempat) nak patah balik amik tapak tumit kasut tu. Senget-senget jugak la aku ligan bas. huhu...KaSut Oh Kasut...

Kasut aku yang patah petang tadi



* Masa kecik dulu pakai selipar jepun ja, kalau putus kat depan tu, ayah amik dawai ikat ganti menda bulat yang putus tu. Pakai lah sampai haus atau sampai jalan atas tumit sendiri...kikiki


Wednesday, May 19, 2010

Hangat-hangat Taik Ayam

Sufiah...Sufiah....Sufiah...[sigh...] konon... orang ada blog, aku pun nak ada blog jugak...tapi liatnya la nak update n3. Urmmm...pembetulan bukan liat tapi takdan a.k.a tidak sempat.Macam mana pun aku akan sentiasa berazam untuk up date n3 aku ni (azam yang xtau berapa puluh kali dah). Tadi petang punyalah banyak menda nak dikongsi tiba2 malam ni xda mood pulak nak update. Tapi dalam tempoh masa beberapa bulan ni terlalu banyak perkara penting yang berlaku...Urm maybe another n3 lah aku karang...
So...Ucapkan selamat maju jaya & selamat ber"n3" buat diri sendiri! Chaiyok!


Friday, January 22, 2010

the moment

Posted by Picasa

Friday, November 13, 2009

Bas

:-) Mulakan hari dengan senyuman walaupun aku frust... hubby suruh aku bawa keta sendiri hari ni park dekat tol, hubby x hantar aku naik bas hari ni sebab petang nanti dia ada hal, nak balik simpang 3 amik motor lagi... takut lambat datang jemput aku petang nanti...hehe dia tahulah wife dia ni bukan boleh tunggu lama2...berasap telinga nanti...he3 24 jam jugak la aku akan leterkan dia...



Ohoo...lupa lak nak mention... hari ni merupakan hari ke 4 aku berulang alik ke tempat kerja naik bas. Aku tunggu bas kat tol Utara - Selatan (Tandop), sebelum jam 6.30 am dah kena ada kat situ... Ramai jugak yang naik bas kat situ so xlah risau sangat. Hari-hari bangun awal la..memang segar kepala otak aku ni...tapi dah naik bas aku mesti wat taik mata nyer la... sampai jer depan opis, perasaan segar bugar tadi dah jadi mamai la pulak sebab sejam jugak la aku wat taik mata..heheehe Time balik pulak, kena tunggu jauh sikit dari opis. Bas berhenti kat depan JPJ time balik, so aku kena tumpang sapa2 untuk tolong hantar kat JPJ. Tapi xlah jauh sangat... Dalam opis aku ada 3 orang termasuk aku yang berulang naik bas - kak satariyah & Abang Din. Ada la jugak aku kawan nak kejar bas..hehehe


Hari ni jugak, dah seminggu aku dok rumah sewa tapi rumah aku masih tunggang langgang sebab xsetel lagi ngemas rumah... esok la aku baru nak kerah kudrat aku untuk ngemas rumah...minggu lepas yelah, hari sabtu angkut barang dari Seberang Perai, hari Ahad ngemas jugak tapi xsempat nak setel sebab banyak jugak barang tuan rumah yang aku kena pilih2 untuk simpan, hubby pun dah keja. Hari isnin-jumaat, aku lak keja. Keluar rumah selepas subuh, sebelum maghrib aku baru sampai rumah. Malam ; basuh baju & masak (actually sepanjang minggu ni hubby yang masak...aku selalu wat muka kesian...xlarat la konon...heheh) cuma sempat ngemas sikit-sikit jer. So, hujung minggu ni pulak aku nak setel ngemas2 rumah.... Hari ni hari Jumaat, hubby dah cuti... Bolehla hubby clear kat luar rumah dulu, semak samun kat belakang rumah tu xsempat nak potong sebab hujan jer minggu ni..harap2 hari ni xhujan laa... Kalau hujan pun hubby boleh susun almari mengikut susunan yang aku kehendaki...heheh Last week penat telinga aku tahan leteran hubby bising kat aku sebab Ahad lepas aku angkat 3 buah almari yang besar2 tu sorang-sorang... Sorryla la sayang... Your wife ni memang kalut sikit... xsuka lambat2... So wat sendiri jer semua. Don't worry lah i'll take care of your child...


Malam ni mak, ayah & adik2 nak datang. Adik2 tido rumah aku malam ni. Mak & ayah xstay sebab buka gerai esok. So, bolehla aku buli adik2 tolong aku ngemas. hehehe....


ohya, last n3 ri tu aku bagitau nak upload gambar rumah kan... err hari ni pun boleh upload lagi sebab xsempat nak amik gambar, asyik hujan jer..lagipun balik keja dah nak maghrib. So, esok atau lusa baru aku amik gambar k...