Puteri aku Syafia Umaira sangat suka dengan deodorant… Pantang jumpa deodorant mesti habis ketiak dia ditonyoh-tonyoh deodorant… Tapi puteri aku yang sorang ni bukan setakat deodorant dia akan sapu di ketiak dia, minyak wangi, bedak, minyak rambut, minyak gamat... hai segala macam la part ketiak dia tu mesti dia xlupa punya…
Nak dijadikan cerita satu hari tu dia punya melalak sakan..
“umi…!!!!! Adik sakit…” (Sambil jari dok tunjuk ketiak dia)
“Mai umi tengok pasai pa…” (Dalam nak belek ketiak dia aku dapat satu bau… Minyak angin ni…)
“Adik sapu apa?”
Sambil nangis sambil lari amik benda apa yang dia sapu…
Sekali dia bagi aku botol kosong Minyak Angin Cap Kapak daaaa…. Hahahahaha… En.suami baru ja beli malam tu… penuh lagi… patutla sakit, panas sebenarnya ketiak dia tu. Habis sebotol boh kat ketiak…. Hahahaha….
Puteri ketiak betol la anak aku ni…
-
0 comments:
Post a Comment