Friday, November 13, 2009

Bas

:-) Mulakan hari dengan senyuman walaupun aku frust... hubby suruh aku bawa keta sendiri hari ni park dekat tol, hubby x hantar aku naik bas hari ni sebab petang nanti dia ada hal, nak balik simpang 3 amik motor lagi... takut lambat datang jemput aku petang nanti...hehe dia tahulah wife dia ni bukan boleh tunggu lama2...berasap telinga nanti...he3 24 jam jugak la aku akan leterkan dia...



Ohoo...lupa lak nak mention... hari ni merupakan hari ke 4 aku berulang alik ke tempat kerja naik bas. Aku tunggu bas kat tol Utara - Selatan (Tandop), sebelum jam 6.30 am dah kena ada kat situ... Ramai jugak yang naik bas kat situ so xlah risau sangat. Hari-hari bangun awal la..memang segar kepala otak aku ni...tapi dah naik bas aku mesti wat taik mata nyer la... sampai jer depan opis, perasaan segar bugar tadi dah jadi mamai la pulak sebab sejam jugak la aku wat taik mata..heheehe Time balik pulak, kena tunggu jauh sikit dari opis. Bas berhenti kat depan JPJ time balik, so aku kena tumpang sapa2 untuk tolong hantar kat JPJ. Tapi xlah jauh sangat... Dalam opis aku ada 3 orang termasuk aku yang berulang naik bas - kak satariyah & Abang Din. Ada la jugak aku kawan nak kejar bas..hehehe


Hari ni jugak, dah seminggu aku dok rumah sewa tapi rumah aku masih tunggang langgang sebab xsetel lagi ngemas rumah... esok la aku baru nak kerah kudrat aku untuk ngemas rumah...minggu lepas yelah, hari sabtu angkut barang dari Seberang Perai, hari Ahad ngemas jugak tapi xsempat nak setel sebab banyak jugak barang tuan rumah yang aku kena pilih2 untuk simpan, hubby pun dah keja. Hari isnin-jumaat, aku lak keja. Keluar rumah selepas subuh, sebelum maghrib aku baru sampai rumah. Malam ; basuh baju & masak (actually sepanjang minggu ni hubby yang masak...aku selalu wat muka kesian...xlarat la konon...heheh) cuma sempat ngemas sikit-sikit jer. So, hujung minggu ni pulak aku nak setel ngemas2 rumah.... Hari ni hari Jumaat, hubby dah cuti... Bolehla hubby clear kat luar rumah dulu, semak samun kat belakang rumah tu xsempat nak potong sebab hujan jer minggu ni..harap2 hari ni xhujan laa... Kalau hujan pun hubby boleh susun almari mengikut susunan yang aku kehendaki...heheh Last week penat telinga aku tahan leteran hubby bising kat aku sebab Ahad lepas aku angkat 3 buah almari yang besar2 tu sorang-sorang... Sorryla la sayang... Your wife ni memang kalut sikit... xsuka lambat2... So wat sendiri jer semua. Don't worry lah i'll take care of your child...


Malam ni mak, ayah & adik2 nak datang. Adik2 tido rumah aku malam ni. Mak & ayah xstay sebab buka gerai esok. So, bolehla aku buli adik2 tolong aku ngemas. hehehe....


ohya, last n3 ri tu aku bagitau nak upload gambar rumah kan... err hari ni pun boleh upload lagi sebab xsempat nak amik gambar, asyik hujan jer..lagipun balik keja dah nak maghrib. So, esok atau lusa baru aku amik gambar k...

Wednesday, November 4, 2009

Rumah Sewa

Semalam, balik dari office aku terus balik Simpang 3 Tobiar. Balik ikut jalan bawah 2 jam gak la baru aku sampai rumah mertua. Kalau balik Guar Chempedak ikut jalan bawah sejam setengah...huhu sekarang tengah berjimat sebab 2 minggu ni aku berulang hari2 dari rumah mak memandangkan belum masuk rumah sewa lagi... Letih memang letih tapi sabar je la... Aku tak kisah sangat travel jauh2 cuma keadaan sekarang tengah bawa perut buat aku cepat letih dan kadang-kadang macam nak terlelap jer dalam kereta. Hubby punyalah risau, tapi nak buat macam mana kan? heheh redha...
Ohya, bab rumah sewa semalam... Rumah tu kat Langgar, rumah kampung jer tapi aku rasa rumah besar sangat untuk aku dan hubby dan bakal baby kami...tapi...kalau sedara mara datang memang xda masalah la sebab memang besar la. Rumah 2 tingkat ada 4 bilik, ada setor asing kat luar rumah, ada garaj, ada barang2 keperluan lagi macam kusyen, katil, dapur, mesin basuh, peti sejuk etc. Tuan rumah memang bagi guna, tuan rumah tu kakak kepada En. Anuar kawan office hubby. Ish, aku segan gak nak guna barang orang... barang aku pun dah ada, pasni aku simpan jerla dalam setor barang2 tuan rumah. Hehe xsabar nak masuk rumah...kedudukan rumah macam ke dalam la jugak...tapi so far ok la...ada laman yang luas boleh aku bercucuk tanam pasni xdalah bercucuk tanam kat Farmville FB jer...hehe
Walaupun rumah tu xlah secantik mana tapi aku akan decorate rumah tu bagi cun cket..hehe Jumaat nanti hubby pi cuci rumah, hari sabtu amik barang kat Seberang Perai, Ahad kalau xda hal baru leh kemas2 rumah...tapi kalau xsalah dengar mak ajak pi kenduri rumah toklong di Perlis hari Ahad...hmm...kena check it out balik nih ngan mak..hehe
oklah, nanti n3 coming soon aku attached gambar rumah lak..heheh

Friday, October 23, 2009

Geram pada ibu tak berhati perut...

Well, baru-baru ni ada keluar berita tentang seorang ibu (janda) yang bersubahat dengan boyfriend dia warga Sudan dera anak dia sendiri...
pergh...tersentak jantung aku dengar berita tu. Memang la sekarang ni macam-macam berita yang kita dengar, tapi ntah napa berita yang satu ni wat aku marah dan sakit hati sangat. Apalah tak berhati perutnya pompuan tu? Anak tu anak dia..darah daging dia...anak yang tak tau apa-apa...yang geramnya dia tinggalkan anak dia pada jantan Sudan tu, anak dia asyik kena dera jer, xcukup dengan tu, kena rogol, kena liwat...MasyaAllah. Ibu jenis apa ni? tak logik la kalau dia tak tau perbuatan jantan keparat tu. Mengikut siasatan terdapat kesan kecederaan dipukul yang dah lama dan baru.
Ish, yang paling xfaham tu...boleh pulak pi bagitau anak dia mati kena dera ngan pembantu rumah. Napa nak lindungi jantan tu lagi? Wei..yang meninggal tu, anak...anak hang la...ish geramnya aku...
Mohon padaMu Ya Allah agar dilindungi semua anak-anak kecil di dunia ini dari sebarang malapetaka dan bencana...Jauhilah mereka daripada semua orang yang berniat jahat pada mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah serta berbakti kepada ibu bapa serta membesar bersama keimanan...amin.

Wednesday, October 21, 2009

Good for parents

Nak kongsi sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama.

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak2

Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.
Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:
1. Ambil wudhuk
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan
3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak2 semasa bacaan di lakukan.
5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.
Rawatan:
1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4Qul
Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.
Selamat mencuba.

Thursday, October 8, 2009

Letihnya...

Minggu ni aku betul-betul busy... sebab nak tanggung kes kak Sob (Pen.Pegawai Penilaian w27 yang bertanggungjawab terhadap kes di kawasan Seberang Perai Selatan macam aku jugak). Kak Sob kursus seminggu di INSPEN, katanya en.Haneef (Pegawai Penilaian w41) dah willing nak tolong aku setel kes kak sob kalau aku tak sempat. "Bagi je fail kat en. Haneef...Lagipun siaaaannn sufiah..." hehheh...tapi aku segan gak sebenarnya nak passing2 kes atau keja aku kat orang...Walaupun aku macam xsempat dan cepat letih sekarang aku mesti setelkan jugak...huhu...Lepas raya ni jugak aku rasa berat badan aku bertambah-tambah (baby membesar + makan triple dari biasa). Sebab baaaanyak sungguh jamuan raya...aku pun sekarang pantang tengok makanan asyik nak makan jer... Kadang aku xnak, member-member lak bagi dorongan...makanlah..makanlah..sian baby...Padahal mak baby yang lebih2.ha3 Nampaknya dah makin banyak pengumpulan lemak dalam badan aku ni. Takkan badan aku nak geng size kaklong kot...oohh ni la first time aku rasa risau pasal badan aku. Sebelum ni yela makan macam na pun aku maintain jer...hah sekarang? ambik...xper2, mudah2an lepas bersalin aku leh kurus macam dulu balik.
Hmm...Well gambar jamuan raya pun aku xsempat nak amik lagipun kamera ada pada hubby. Hubby jadi urusetia kursus di Langkawi minggu ni. Hujung minggu pun ada program pejabat, lawatan NURI. huhu tak jumpa ngan hubby la aku minggu ni. Mak pun ada program di Pantai Merdeka hujung minggu ni 3 hari 2 malam. So, aku xpasti lagi nak balik kampung ker tak minggu ni.
Sekarang aku dah mula simpan bajet untuk sambut org baru. List barang2 yang aku rasa penting...mak ai banyaknya..Maklumlah kali pertama nak sambut baby. Banyak juga lah bajetnya...tapi aku xdalah belilah barang2 lagi sebab org kata x elok buat persiapan awal sangat. (yaka?) Aku xlah percaya sangat benda2 macam ni, rasanya persiapan awal lagi bagus...xlah kelam kabut. Tapi sekarang aku prepare bajet dulu jer, maybe masuk bulan ke 6 atau ke 7 nanti baru aku pergi cari barang ngan hubby. Lagipun tunggu ada sale lagi jimat... kita kan kena jadi pengguna yang bijak...hehhe
eh, dah masuk time keja ni...sampai sini dulu lah...to be continued...daaa...