Tuesday, January 22, 2013

Ramalan Jantina Anak

Hari ini teringin nak tau kali ni baby girl ka baby boy. So, teringat Ramalan Jantina Anak berdasarkan Kalendar Cina. Masa anak sulung dulu aku pernah suka-suka kira berdasarkan kalendar ni. Kebetulannya betul la pulak. Jadi, kali ni nak jugak tengok menjadi ka tidak... heheheh >_<



Biru : Anak Lelaki
Merah : Anak Perempuan

CARA MENGGUNAKANNYA:

1. Cari bulan pertama ibu mengandung (bukan kandungan dilahirkan).
2. Cari umur ibu pada masa mula mengandung tersebut.

Contohnya:
Ibu mula mengandung pada bulan Oktober semasa dia berumur 27 tahun. Kemudian, cari lajur 27 dan baris Oktober. Maka petak tersebut berwarna biru yang bermaksud dia mungkin peroleh anak lelaki.

Wallahualam...

p/s * Ini untuk suka-suki saja tau... Segala ketentuan adalah rahsia Allah... :-)



Monday, January 21, 2013

Kandungan Ketiga

Kandungan ketiga ni... benar-benar menguji kesabaran... Tak macam sebelum2 ni... Dah nak due pun relax ja ulang alik Alor Setar - Penang tiap2 hari naik bas. Tapi yang ni manjanya la... En. Suami sampai naik risau. MC pun dah banyak kali. Last week muntah dalam bas, hehehe nasib baik dok seat belakang sekali. Kalau tak penumpang lain pun mesti termuntah tengok aku. Hahahaha... Khamis lepas pegi Klinik Kesihatan Guar Chempedak, Doktor  lelaki yang lembut tu cakap u dah 17 minggu... Ini bukan alahan lagi dah. Lagipun tekanan darah memang rendah, sebab tu selalu rasa macam nak pitam. Hmmm... So? So i bagi u ubat yang selamat untuk dimakan ketika pregnant ok? Banyak minum air yer.. jangan sampai di hydrate...

Xpalah baby sayang... dugaan Allah pada umi ni. Sebelum ni umi tengok kawan2 alahan teruk. Sekarang umi pulak yang merasa... Heheh...

Hmmm...macam mana nak naikkan tekanan darah ya?

 

Thursday, January 17, 2013

Dia & Ketiak

Puteri aku Syafia Umaira sangat suka dengan deodorant… Pantang jumpa deodorant mesti habis ketiak dia ditonyoh-tonyoh deodorant… Tapi puteri aku yang sorang ni bukan setakat deodorant dia akan sapu di ketiak dia, minyak wangi, bedak, minyak rambut, minyak gamat... hai segala macam la part ketiak dia tu mesti dia xlupa punya… Nak dijadikan cerita satu hari tu dia punya melalak sakan..
“umi…!!!!! Adik sakit…” (Sambil jari dok tunjuk ketiak dia)
“Mai umi tengok pasai pa…” (Dalam nak belek ketiak dia aku dapat satu bau… Minyak angin ni…)
“Adik sapu apa?” Sambil nangis sambil lari amik benda apa yang dia sapu…

Sekali dia bagi aku botol kosong Minyak Angin Cap Kapak daaaa…. Hahahahaha… En.suami baru ja beli malam tu… penuh lagi… patutla sakit, panas sebenarnya ketiak dia tu. Habis sebotol boh kat ketiak…. Hahahaha….
Puteri ketiak betol la anak aku ni…




 

Wednesday, January 16, 2013

TAHUN BARU

Tahun Baru... Semoga tahun ini ada sinar baru buat aku yang bernama Sufiah binti Shuib. Tahun lepas, satu n3 pun aku tak update. Malas barangkali...urmmm...sebenarnya lebih kepada takdak mood... banyak sangat yang pahit daripada yang manisnya... Lumrah hidup kan... Tapi tahun lepas banyak menyedarkan aku bahawa manusia ni memang sukar diduga. Baik & manis dimulut tapi belum tentu di hati... Kawan tapi belum tentu akan jadi kawan... Tapi yang paling penting aku tahu suamiku adalah yang terbaik untukku... Terima Kasih Ya Allah...

 Tahun ini juga InsyaAllah dengan izinNya aku & hubby akan sambut kelahiran anak ke-3 pada bulan Jun nanti. Sekarang kandungan dah masuk 16 minggu & yang paling best aku masih saing dengan kaklong. Hehehe tahun ni kakngah ja xjoin kami. So, untuk kaklong juga semoga sihat-sihat selalu. =)

  "Ya Allah... bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang"




Thursday, December 15, 2011

Hari yang Penuh Dengan Tekanan

Wow... lamanya xbukak blog... bukan setakat blog, akaun yahoo, facebook & youtube pun dah lama x bukak... Very the busy la katakan... Apalah yang aku busy sangat kan?

Owh macam-macam :

TEMPAT KEJA
Dulu aku ada Pembantu Penilaian untuk membantu aku menyiapkan kerja-kerja melukis pelan, menyediakan perbandingan dan apa saja maklumat untuk aku buat nilaian harta tanah. Tapi sekarang aku - OMANDA. Segalanya aku buat sendiri, dari buka fail sampai la tutup fail. Very the multi purpose kan aku. Ada seminggu dua aku balik lambat, dahla umah nun kat Aloq Setaq... Tunggu bas kat Jeti Butterworth (tu pun bas paling last), sampai umah jam 10.30 malam... Kesian kat anak-anak, apatah lagi bapak anak-anak. Sabaq ja la, kadang-kadang rasa nak p jumpa bos, xnak cakap apa-apa... Aku cuma nak jerit kuat-kuat ja kat tepi telinga dia.... AAAARRRRGGGHHHHH!!!!!!!!!!!! Pastu aku blah...huh puas hati aku...biaq bos terpinga-pinga pelik apa kejadahla budak ni gamaknya. hahahaaa... tapi aku kan antara awek yang agak ayu & sopan santun kat opis aku tu, so kenala jaga status...x gitu?hahahahaaa (ayu sangat la, senget sebenaqnya). Tapi Alhamdulillah sebab my beloved hubby sangat memahami sebab hubby pun balik keja xtentu masa. Bila keja kena keluaq site memang macam tu lah...huhu...

RUMAHTANGGA
Rumah aku xda tangga, begitu juga dengan rumah mak aku..hehehe...Actually hal-hal rumah aku ok ja. Rutin seperti biasa...gaduh-gaduh manja tu adatla suami isteri... Tapi sekarang nak cerita sket pasai rumahtakadatangga mak aku. heheheheee...Keadaan di rumah mak kebelakangan ni agak kelam kabut sebab 2 minggu lepas mak admitted sebab tekanan darah terlalu rendah. Sebelum tu mak aku dah demam hampir seminggu tapi mak xmau pegi hospital (mak aku memang degilnya semacam sket). Ambil ubat di klinik saja, selama seminggu tu jugak mak aku xmakan apa-apa. Makan ja muntah, makan ja muntah. Aku usik adik bongsu aku, dia nak dapat adik...terkejut beruk mamat tu..."haaa?takkan kot?hish xmau aih...anak menakan pun x larat nak jaga ni dapat adik pulak...boleh mati" - reaksi adik bongsu aku..hehehe... Tapi sebenaqnya tekanan darah mak aku agak serius sebab terlalu rendah. So, puas la pujuk lastly mak setuju. 5 hari jugaklah mak aku bercuti kat wad Hospital Yan... Aku xsempat nak tunggu mak, Malam pertama ja aku tunggu, tu pun 12 lbh aku dah balik sebab anak-anak aku xda sapa nak jaga. 2nd day Cu Ma yang tunggu, hari ke3 mak xbagi sapa-sapa tunggu, hari ke4 kaklong yang tunggu. Aku berterima kasih sangat pada semua yang ambil berat pada mak aku. Semoga Allah merahmati kalian. Mudah-mudahan. Sekarang keadaan mak dah semakin baik tapi masih belum sembuh seperti sedia kala. Yalah mak aku kan iron lady, tapi bila sekali dia sakit memang teruk sangat. Kesian mak, apa-apapun aku doakan mak aku cepat sihat kembali seperti biasa. I LOVE U MAK!!!

Urmmm..rasanya tu ja yang buat aku sibuk...hahaha sebab masa aku banyak habis atas jalan raya ja, pi mai pi mai....hahahhaaaa

Okaylah, ada masa lagi aku update n3 aku nih. Ada banyak info juga yang aku nak kongsi sebenaqnya nih...