Thursday, August 11, 2011

[saka]

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak kongsi sikit pengetahuan aku tentang sakaratulmaut… Hmm..aku memang suka tajuk nih (masuk bakul pulak) sebab aku suka menda-menda mistik nih... tetiba keluar asap & muzik iringan misteri nusantara (hanya untuk menampakkan kesan yang lebih dramatik & misteri). Okeh bebeh... meh kita check apa yang kita patut tau tentang sakaratulmaut nih.

Saka ni sebenarnya menggunakan khidmat jin sebagai hamba dan orang yang mengamalkan saka ni kena bagi sesuatu sebagai balasan kepada jin yang jadi hamba dia tu. Contohnya macam jamu makan pulut kuning dengan telur ayam kampung mentah, bakar kemenyan, jamu darah ayam hitam atau ada juga darah manusia.... Hmmm senang cerita bergantunglah kepada perjanjian yang dilakukan dengan jin yang berkaitan.

Saka terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya :

  • Saka Perubatan – selalunya orang yang ada saka perubatan ni ada kebolehan untuk mengubat penyakit & cara dukun a.k.a tok bomoh ni mengubat dengan cara menurun bukit. Ala macam dalam kebanyakan citer hantu kat Malaysia ni, mula-mula nak berubat pi jumpa dukun & tok bomoh yang jenis menurun ni lah, pastu bila xleh solve masalah lastly baru cari ustaz atau alim ulamak.
  • Saka Silat - orang yang mengamalkan saka silat ni tujuannya untuk menggerunkan orang & tak lut / kebal.
  • Saka menjaga keselamatan diri/keluarga – orang dulu-dulu memang selalu amal saka ni untuk tujuan jaga kampung, jaga rumah, jaga kebun & jaga keluarga bila diorang keluar ke mana-mana. Saka ni lah kadang-kadang bila pengamalnya dah mati tapi kita masih boleh nampak kelibat orang itu lagi di dunia maya nyata ini. Jin ni lebih glamor di kalangan masyarakat melayu kita dengan nama hantu raya.
  • Saka Perbidanan saka perbidanan ni selalu diamalkan oleh kaum wanita zaman dulu (tok-tok bidan) tapi sekarang xtau la ada lagi ke tak. Banyak pantang larang & peraturan yang perlu diikut oleh pengamal, salah satu cara adalah dengan merelakan dirinya ditiduri oleh jin itu. Jin ni pulak glamor dengan nama pelesit.
  • Saka jin ifrit (xtau betul ke tak ejaan dia tapi bunyi dia gitu la) saka ni paling teruk nak dibuang. Orang kita panggil jin ni hantu bajang. Kalau kita ganggu pengamal saka ni, dia akan hantar kesusahan, kesakitan & ganggu keluarga kita.

Jin kadang-kadang akan menunjukkan dirinya untuk tatapan mata kasar kita. Macam mana nak kenal ya? Haaa... meh akak (sengau sikit sebutannya) nak gitau...

  • Bila jumpa ular – matanya tidak berkedip, tidak berlingkar.

Dahtu apa nak buat kalau jumpa ular macam tu sufi?

Cakap macam ni : kalau kamu jin, kamu keluar, kalau kamu ular betul, aku bunuh kamu (3x). Kalau ular tu xkeluar, ular betul lah tu & bolehlah kita bunuh ular tu. Penting ni, sebab jangan la kita sebarangan bunuh ular, kalau yang kita bunuh tu sebenarnya adalah jin, selalunya saudara mara jin itu akan membalas dendam.

  • Jin juga selalu bertukar rupa kepada anjing yang hitam legam.

Jin yang diwarisi ni (saka) adalah jin yang berpindah randah. Jin ni la yang jadi topik utama aku kali ni. Kadang-kadang jin suka tinggal di pokok-pokok & atas bumbung rumah. Jadi, ada tips lagi : bila sampai di rumah sebelum masuk, baca ayat al-kursi & 9x berhenti. Kemudian ludah 3x ke sebelah kiri.

Meh kita check ciri-ciri orang yang memiliki atau mengamal saka pulak.

  • Kalau seseorang itu boleh mengubat – kaedah yang digunakan adalah dengan menurun & mengaku dirinya adalah wali bukan jin. Antara nama yang selalu digunakan oleh jin ini seperti Syeikh Abdul Qader Jailani, Syeikh daripada Yaman, Abdul Hassan Al-Jazili dan beberapa nama lagi yang aku sendiri xingat. Kiranya jin ni menyamar la... Jahat punya jin!
  • Orang itu mampu mengubat dengan menggunakan jampi berunsur syirik – contohnya dia ni x pernah belajar secara khusus pun tapi tiba-tiba boleh berubat menggunakan jampi serapah.
  • Semasa mengubat dia menggunakan satu bahasa yang lansung tidak difahami. Sedangkan bila dia dalam keadaan biasa dia cuma boleh cakap bahasa melayu ja.
  • Selain tu dia berkebolehan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syariat.
  • Ilmu diperolehi melalui mimpi.

Bilakah saka itu berpindah?

  • Sebaik sahaja manusia yang buat perjanjian dengannya telah meninggal dunia – selalunya pengamal akan bagi saka itu kepada orang yang paling dia sayang. Jadi, kalau ada tok atau nek atau mak atau ayah kita yang memang kita tau dia ada saka & kita adalah waris jari hantu yang paling disayangi... Maka berhati-hati lah di saat diorang sakit teruk & kalau diorang ada nak bagi doa untuk penyeri muka ka, doa penyayang ka, keris lama, cucuk sanggul atau apa saja objek yang lama / antik kerana itu mungkin adalah saka. Ada juga perpindahan berlaku di dalam mimpi dengan cara mendapat doa atau di beri arahan tertentu.

Ohya, untuk pengetahuan juga kebanyakan kanser datang daripada jin & orang yang mengamalkan saka jarang dapat anak (saka perbidanan).

Bagaimana proses perpindahan saka berlaku?

Jin itu akan berdamping dengan si pengamal. Apabila pengamal telah meninggal dunia & mayat dikebumikan, saka itu akan berkeliaran di dalam rumah itu kerana umur jin adalah sangat panjang. Jin ini akan mencari tempat bergantung yang baru. Jin ini akan mencari anak yang mengamalkan doa/jampi si mati, atau yang menyimpan barang-barang purba tinggalan si mati, atau boleh juga berpindah kepada anak/cucu yang diharapkan/disayangi oleh simati, atau orang yang tinggal di rumah si mati.

SASARAN saka

  • Anak cucu yang sangat cetek atau kurang ilmu pengetahuan agama & tidak mengamalkan agama.
  • Anak cucu yang melanggar batasan agama – berzina, berjudi, minum arak etc.
  • Orang yang sangat kuat pegangan agama (untuk diuji).
  • Anak cucu yang sangat menginginkan anak.
  • Anak cucu yang sangat disayangi.
  • Orang yang tinggi kemahuan dunia – nak cantik, nak kaya, nak macam-macam la.

TANDA-TANDA seseorang itu cuba dimasuki saka

Ketika TIDUR

  • Mimpi melihat hantu
  • Mimpi berada di tempat sunyi
  • Mimpi berada di kawasan kotor / kubur
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Berdiri / berjalan dalam tidur
  • Ketawa / menangis di dalam tidur
  • Gigi berlaga ketika tidur
  • Mimpi melihat binatang – kucing/tikus/serigala/unta/ular etc
  • Mimpi dipatuk ular (bukan orang nak masuk minang ya tapi ni menunjukkan saka tu dah masuk dalam badan)
  • Mimpi yang menyeramkan / menakutkan
  • Mimpi buruk / kena tindih
  • Mimpi yang sentiasa membuatan kita terjaga dengan cemas
  • Susah tidur malam melainkan selepas bersusah payah
  • Mimpi menyusukan/mendukung budak
  • Mimpi melihat salib/gereja/paderi
  • Merintih dalam tidur

Ketika JAGA

  • Terlau emosional / sensitif
  • Panas baran
  • Selalu pening
  • Selalu lalai dari mengingati Allah – nak solat tapi rasa malas
  • Mengantuk pada waktu maghrib
  • Mengantuk dalam majlis ilmu
  • Malas / lesu
  • Bila dapat sesuatu kesusahan / masalah jadi mudah panik / gelabah
  • Rasa sakit pada satu-satu anggota badan
  • Memijak tapak kaki terasa seperti pijak benda bulat/batu/telur
  • Melihat benda-benda pelik
  • Selalu didatangi penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor – kanser atau santau yang tidak dapat diubati

KESAN/AKIBAT kepada orang yang terkena saka

  • Payah dapat anak
  • Keluar darah selalu (perempuan)
  • Banyak perkara pelik berlaku dalam hidup
  • Tidak berupaya hidup dengan sempurna kesan menghidap pelbagai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor – akibat xjamu saka
  • Tidak suka bergaul dengan masyarakat / hidup menyendiri
  • Sangat sensitif dengan kata-kata orang
  • Mengetahui perkara yang orang lain tak tahu
  • Anak kecil kepada yang ada saka menangis, anak remaja perangainya buas/buruk
  • Kehidupan tidak tenteram & ceria

Untuk MERAWAT saka

  • Panggil seluruh anak cucu – jumpa mereka yang pakar ( yang menggunakan perubatan islam/kaedah Al-Quran & hadis Nabi seperti As-Syifa’, Darul Ruqqiyah etc) ubat semuanya serentak
  • Ubat kepada yang sakit sahaja
  • Kalau rawat tak lega :-
  • Habiskan Al-Quran 30 Juzuk di dalam rumah
  • Kemudian amalkan surah al-Baqarah setiap hari sampai habis (3 juzuk)
  • Amalkan mandi limau setiap petang – 3 biji (limau nipis)
  • Untuk mingguan – rumah dibersihkan dengan cuka makan + garam kasar + lada hitam dibacakan surah yaasin, kemudian tabur di sekeliling rumah.

Sekian...

Harap semua dapat manfaat bersama. Pengetahuan ni aku dapat dari kuliah & ceramah ustaz Suhaimi (Darul Ruqqyah), Ustaz Kazim & Ustaz Shamsuri.

Ohya penambahan : Makanan jin – asap, bertih, tulang, makanan yang tak ditudung pada sebelah malam & sisa makanan dalam tong sampah.

Satu lagi yang nak dikongsi (Oleh Ustaz Kazim) mencari orang lemas :

Ambil 7 biji batu – duduk di tempat dia mula-mula terjun. Ambil

  • Batu pertama – Baca Al-Fatihah 7x
  • Batu kedua – Baca Selawat 7x
  • Batu ketiga – Baca Al-Ikhlas 7x
  • Batu keempat – Baca Al-Falaq 7x
  • Batu kelima – Baca An-Nas 7x
  • Batu keenam – Baca ayat Kursi 7x
  • Batu ketujuh – Baca surah Al-A’raf ayat 17 (7x)
  • Kemudian baling batu satu persatu, setiap kali baling baca BismillahiAllahuAkbar



0 comments:

Post a Comment