Wednesday, August 24, 2011

::: [ Syafi Umar & Basikal] :::


Isnin lepas hubby ada majlis berbuka puasa di Restoran Langkasuka anjuran pejabat dia punya. So, pakat bawa family masing-masing la. Restoran ni bukan setakat masakan dia ala-ala siam tapi semua pekerja dia pun dari sana. Design restoran ni cantik, masakan dia pun ok lah...sedap.(aku selalu jugak melantak kat sini dengan hubby). Restoran ni ada pamer banyak basikal antik. Sebelum ni xda apa yang menarik minat aku tentang basikal antik ni. Dah tu kenapa hari ni aku nak story mory pasai basikal pulak?

Haaaa... di mana ada Syafi Umar, di situla semua perkara aku kena amik berat. Sedia maklum si kecik ni kan aktif dia semacam sket... Aku sebenarnya teragak-agak nak join majlis hubby ni sebab Syafi Umar la... Tapi hubby bersungguh gak ajak aku pegi... hmmm OK... Sepanjang dok tunggu masuk waktu berbuka tu ok lagi... Aku tengok Syafi Umar rileks lagi, Syafia Umaira pun x buat perangai.

........Selepas berbuka........

Jeng jeng jeng...dia dah mula projek, tegur orang xkira sapa. Ramah la sangat... lepas tu aku tengok dia pegi dekat dengan 1 basikal antik nih... dia sentuh sana sentuh sini.... hati rasa x sedap dah.... ada 5 kali jugak la aku pegi angkat dia larang jangan main basikal tu.

Aku : no no no... jangan main

Syafi Umar : no no no...mi...nak nek...nek... (sambil kaki angkat letak kat pengayuh)

Aku : x boleh sayang... nanti jatuh... (tak sepatutnya aku ckp macam tu...doa tu..haish)

Syafia Umaira nangis... aku pegi tengok Syafia Umaira... Kebetulan masa tu hubby pegi kaunter setel bil. Sekali bunyi ”GEDEGANGGGGGG!!!!” (xtau nak taip mcm na bunyinya..hantam saja la)...SYAFI UMAR!!! Jatuh basikal... eh bukan, basikal jatuh atas dia..hehe

Pantas tapi dengan wajah rileks aku pegi angkat Syafi Umar. Hehehehee...aku tak marah... senyum ja la. ( Tak tahu sebab nak cover malu atau sebab dah biasa ngan Syafi Umar yang macam tu) Syafi Umar punya la nangis... tapi aku tau dia nangis bukan sebab sakit tapi sebab dia malu... dia dah kebal sangat bab-ba jatuh ni..hehehe..tau malu no...Tapi Alhamdulillah sebab basikal tu xhempap atas dia, sangkut dengan handle basikal tu...heeee... sekejap ja dia nangis, pastu dia nak pegi lagi naik basikal yang hempap dia tu.

Aku geleng kepala ja...rasa pipi aku macam tebal 6 inci...sebab ramai gila orang dok tengok aku... Tapi aku wat dek je lah senyum sumbang... memang xleh bawa masuk majlis la anak aku ni..hehehe....


Thursday, August 18, 2011

::: [ Syafi Umar yang cool]:::

Assalamualaikum

Petang semalam aku bawa Syafi Umar pergi gunting rambut. Huh kagum betoi aku ngan si kecik yang buas tahap cipan nih... selalunya dia memang terkinja-kinja la kat mana pun dia berada. Jenis x reti malu langsung.

Sebelum ni risau jugak nak bawa dia pegi kedai gunting rambut, kang tergedik sangat dok tak diam telinga dia pulak yang hilang. Hehehehe... tapi sebab dah nazak sangat tengok rambut dia ni panjang bebenor....

Actually xla panjang sangat tapi Syafi Umar ni ada masalah peluh berlebihan, lagi pulak kat belakang kepala dia tu ada kesan gigitan cinta si kenit yang hampir setahun tapi tak ilang2 lagi. Si kenit? Natang apa tuh? Ish ala rupanya ada iras2 tempiras tapi kecik sket. Ada jugak macam taik lalat idup cuma takda bulu ja.hehehe Kehebatan binatang kenit ni? Berupaya menghisap darah sehingga badannya gomok... dan akan meninggalkan kesan gatal gila bab* sampai boleh menyebabkab kudis serta merebak ke seluruh badan.

Jadi, apa kesinambungan si kenit ni dengan Syafi Umar yang cool? Haaa... bila rambut dia panjang, maka tahap kepanasan di kepalanya akan meningkat sekaligus kuantiti rembesan peluhnya jugak bertambah. Peluh yang memercik ini pula akan menyebabkan kegatalan apatah lagi di parut gigitan si kenit itu. Bila dah gatal, Syafi Umar mula menggaru, lama-lama gatai itu akan merebak ke tempat lain, telinga, leher & muka. Rentetan dari itu akan menyebabkan kemachoan muka Syafi Umar akan tergugat.

Sebagai umi yang sangat prihatin (sangat la), untuk selesaikan masalah ini aku cari punca masalahnya... yaaa RAMBUT!!! Tapi memang risau nak bawa dia pegi gunting rambut. Haaaa kat sinila kes coolnya Syafi Umar nih.

Lastly aku ajak ayah temankan aku bawa si kenit yang kena gigit ngan si kenit tu pegi kedai gunting rambut pebret ayah... WOW!!! Aku & ayah saling angkat kening macam tak percaya ja... Syafi Umar yang hyper tu boleh cool ja & duduk dengan gaya macho sambil layan blues tunggu mamat gunting rambut tu tarah rambut dia... Cayalah!!!!

Nak upload gambar dia tapi bila nak amik gambar ja dia mesti buat memek muka macam-macam... Malas nak snap lagi dah...hehehe...


p/s : seumur hidup aku 4 kali ja aku gunting rambut...


Assubuhu Bada



Thursday, August 11, 2011

[saka]

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak kongsi sikit pengetahuan aku tentang sakaratulmaut… Hmm..aku memang suka tajuk nih (masuk bakul pulak) sebab aku suka menda-menda mistik nih... tetiba keluar asap & muzik iringan misteri nusantara (hanya untuk menampakkan kesan yang lebih dramatik & misteri). Okeh bebeh... meh kita check apa yang kita patut tau tentang sakaratulmaut nih.

Saka ni sebenarnya menggunakan khidmat jin sebagai hamba dan orang yang mengamalkan saka ni kena bagi sesuatu sebagai balasan kepada jin yang jadi hamba dia tu. Contohnya macam jamu makan pulut kuning dengan telur ayam kampung mentah, bakar kemenyan, jamu darah ayam hitam atau ada juga darah manusia.... Hmmm senang cerita bergantunglah kepada perjanjian yang dilakukan dengan jin yang berkaitan.

Saka terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya :

  • Saka Perubatan – selalunya orang yang ada saka perubatan ni ada kebolehan untuk mengubat penyakit & cara dukun a.k.a tok bomoh ni mengubat dengan cara menurun bukit. Ala macam dalam kebanyakan citer hantu kat Malaysia ni, mula-mula nak berubat pi jumpa dukun & tok bomoh yang jenis menurun ni lah, pastu bila xleh solve masalah lastly baru cari ustaz atau alim ulamak.
  • Saka Silat - orang yang mengamalkan saka silat ni tujuannya untuk menggerunkan orang & tak lut / kebal.
  • Saka menjaga keselamatan diri/keluarga – orang dulu-dulu memang selalu amal saka ni untuk tujuan jaga kampung, jaga rumah, jaga kebun & jaga keluarga bila diorang keluar ke mana-mana. Saka ni lah kadang-kadang bila pengamalnya dah mati tapi kita masih boleh nampak kelibat orang itu lagi di dunia maya nyata ini. Jin ni lebih glamor di kalangan masyarakat melayu kita dengan nama hantu raya.
  • Saka Perbidanan saka perbidanan ni selalu diamalkan oleh kaum wanita zaman dulu (tok-tok bidan) tapi sekarang xtau la ada lagi ke tak. Banyak pantang larang & peraturan yang perlu diikut oleh pengamal, salah satu cara adalah dengan merelakan dirinya ditiduri oleh jin itu. Jin ni pulak glamor dengan nama pelesit.
  • Saka jin ifrit (xtau betul ke tak ejaan dia tapi bunyi dia gitu la) saka ni paling teruk nak dibuang. Orang kita panggil jin ni hantu bajang. Kalau kita ganggu pengamal saka ni, dia akan hantar kesusahan, kesakitan & ganggu keluarga kita.

Jin kadang-kadang akan menunjukkan dirinya untuk tatapan mata kasar kita. Macam mana nak kenal ya? Haaa... meh akak (sengau sikit sebutannya) nak gitau...

  • Bila jumpa ular – matanya tidak berkedip, tidak berlingkar.

Dahtu apa nak buat kalau jumpa ular macam tu sufi?

Cakap macam ni : kalau kamu jin, kamu keluar, kalau kamu ular betul, aku bunuh kamu (3x). Kalau ular tu xkeluar, ular betul lah tu & bolehlah kita bunuh ular tu. Penting ni, sebab jangan la kita sebarangan bunuh ular, kalau yang kita bunuh tu sebenarnya adalah jin, selalunya saudara mara jin itu akan membalas dendam.

  • Jin juga selalu bertukar rupa kepada anjing yang hitam legam.

Jin yang diwarisi ni (saka) adalah jin yang berpindah randah. Jin ni la yang jadi topik utama aku kali ni. Kadang-kadang jin suka tinggal di pokok-pokok & atas bumbung rumah. Jadi, ada tips lagi : bila sampai di rumah sebelum masuk, baca ayat al-kursi & 9x berhenti. Kemudian ludah 3x ke sebelah kiri.

Meh kita check ciri-ciri orang yang memiliki atau mengamal saka pulak.

  • Kalau seseorang itu boleh mengubat – kaedah yang digunakan adalah dengan menurun & mengaku dirinya adalah wali bukan jin. Antara nama yang selalu digunakan oleh jin ini seperti Syeikh Abdul Qader Jailani, Syeikh daripada Yaman, Abdul Hassan Al-Jazili dan beberapa nama lagi yang aku sendiri xingat. Kiranya jin ni menyamar la... Jahat punya jin!
  • Orang itu mampu mengubat dengan menggunakan jampi berunsur syirik – contohnya dia ni x pernah belajar secara khusus pun tapi tiba-tiba boleh berubat menggunakan jampi serapah.
  • Semasa mengubat dia menggunakan satu bahasa yang lansung tidak difahami. Sedangkan bila dia dalam keadaan biasa dia cuma boleh cakap bahasa melayu ja.
  • Selain tu dia berkebolehan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan syariat.
  • Ilmu diperolehi melalui mimpi.

Bilakah saka itu berpindah?

  • Sebaik sahaja manusia yang buat perjanjian dengannya telah meninggal dunia – selalunya pengamal akan bagi saka itu kepada orang yang paling dia sayang. Jadi, kalau ada tok atau nek atau mak atau ayah kita yang memang kita tau dia ada saka & kita adalah waris jari hantu yang paling disayangi... Maka berhati-hati lah di saat diorang sakit teruk & kalau diorang ada nak bagi doa untuk penyeri muka ka, doa penyayang ka, keris lama, cucuk sanggul atau apa saja objek yang lama / antik kerana itu mungkin adalah saka. Ada juga perpindahan berlaku di dalam mimpi dengan cara mendapat doa atau di beri arahan tertentu.

Ohya, untuk pengetahuan juga kebanyakan kanser datang daripada jin & orang yang mengamalkan saka jarang dapat anak (saka perbidanan).

Bagaimana proses perpindahan saka berlaku?

Jin itu akan berdamping dengan si pengamal. Apabila pengamal telah meninggal dunia & mayat dikebumikan, saka itu akan berkeliaran di dalam rumah itu kerana umur jin adalah sangat panjang. Jin ini akan mencari tempat bergantung yang baru. Jin ini akan mencari anak yang mengamalkan doa/jampi si mati, atau yang menyimpan barang-barang purba tinggalan si mati, atau boleh juga berpindah kepada anak/cucu yang diharapkan/disayangi oleh simati, atau orang yang tinggal di rumah si mati.

SASARAN saka

  • Anak cucu yang sangat cetek atau kurang ilmu pengetahuan agama & tidak mengamalkan agama.
  • Anak cucu yang melanggar batasan agama – berzina, berjudi, minum arak etc.
  • Orang yang sangat kuat pegangan agama (untuk diuji).
  • Anak cucu yang sangat menginginkan anak.
  • Anak cucu yang sangat disayangi.
  • Orang yang tinggi kemahuan dunia – nak cantik, nak kaya, nak macam-macam la.

TANDA-TANDA seseorang itu cuba dimasuki saka

Ketika TIDUR

  • Mimpi melihat hantu
  • Mimpi berada di tempat sunyi
  • Mimpi berada di kawasan kotor / kubur
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Berdiri / berjalan dalam tidur
  • Ketawa / menangis di dalam tidur
  • Gigi berlaga ketika tidur
  • Mimpi melihat binatang – kucing/tikus/serigala/unta/ular etc
  • Mimpi dipatuk ular (bukan orang nak masuk minang ya tapi ni menunjukkan saka tu dah masuk dalam badan)
  • Mimpi yang menyeramkan / menakutkan
  • Mimpi buruk / kena tindih
  • Mimpi yang sentiasa membuatan kita terjaga dengan cemas
  • Susah tidur malam melainkan selepas bersusah payah
  • Mimpi menyusukan/mendukung budak
  • Mimpi melihat salib/gereja/paderi
  • Merintih dalam tidur

Ketika JAGA

  • Terlau emosional / sensitif
  • Panas baran
  • Selalu pening
  • Selalu lalai dari mengingati Allah – nak solat tapi rasa malas
  • Mengantuk pada waktu maghrib
  • Mengantuk dalam majlis ilmu
  • Malas / lesu
  • Bila dapat sesuatu kesusahan / masalah jadi mudah panik / gelabah
  • Rasa sakit pada satu-satu anggota badan
  • Memijak tapak kaki terasa seperti pijak benda bulat/batu/telur
  • Melihat benda-benda pelik
  • Selalu didatangi penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor – kanser atau santau yang tidak dapat diubati

KESAN/AKIBAT kepada orang yang terkena saka

  • Payah dapat anak
  • Keluar darah selalu (perempuan)
  • Banyak perkara pelik berlaku dalam hidup
  • Tidak berupaya hidup dengan sempurna kesan menghidap pelbagai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor – akibat xjamu saka
  • Tidak suka bergaul dengan masyarakat / hidup menyendiri
  • Sangat sensitif dengan kata-kata orang
  • Mengetahui perkara yang orang lain tak tahu
  • Anak kecil kepada yang ada saka menangis, anak remaja perangainya buas/buruk
  • Kehidupan tidak tenteram & ceria

Untuk MERAWAT saka

  • Panggil seluruh anak cucu – jumpa mereka yang pakar ( yang menggunakan perubatan islam/kaedah Al-Quran & hadis Nabi seperti As-Syifa’, Darul Ruqqiyah etc) ubat semuanya serentak
  • Ubat kepada yang sakit sahaja
  • Kalau rawat tak lega :-
  • Habiskan Al-Quran 30 Juzuk di dalam rumah
  • Kemudian amalkan surah al-Baqarah setiap hari sampai habis (3 juzuk)
  • Amalkan mandi limau setiap petang – 3 biji (limau nipis)
  • Untuk mingguan – rumah dibersihkan dengan cuka makan + garam kasar + lada hitam dibacakan surah yaasin, kemudian tabur di sekeliling rumah.

Sekian...

Harap semua dapat manfaat bersama. Pengetahuan ni aku dapat dari kuliah & ceramah ustaz Suhaimi (Darul Ruqqyah), Ustaz Kazim & Ustaz Shamsuri.

Ohya penambahan : Makanan jin – asap, bertih, tulang, makanan yang tak ditudung pada sebelah malam & sisa makanan dalam tong sampah.

Satu lagi yang nak dikongsi (Oleh Ustaz Kazim) mencari orang lemas :

Ambil 7 biji batu – duduk di tempat dia mula-mula terjun. Ambil

  • Batu pertama – Baca Al-Fatihah 7x
  • Batu kedua – Baca Selawat 7x
  • Batu ketiga – Baca Al-Ikhlas 7x
  • Batu keempat – Baca Al-Falaq 7x
  • Batu kelima – Baca An-Nas 7x
  • Batu keenam – Baca ayat Kursi 7x
  • Batu ketujuh – Baca surah Al-A’raf ayat 17 (7x)
  • Kemudian baling batu satu persatu, setiap kali baling baca BismillahiAllahuAkbar