Friday, October 23, 2009

Geram pada ibu tak berhati perut...

Well, baru-baru ni ada keluar berita tentang seorang ibu (janda) yang bersubahat dengan boyfriend dia warga Sudan dera anak dia sendiri...
pergh...tersentak jantung aku dengar berita tu. Memang la sekarang ni macam-macam berita yang kita dengar, tapi ntah napa berita yang satu ni wat aku marah dan sakit hati sangat. Apalah tak berhati perutnya pompuan tu? Anak tu anak dia..darah daging dia...anak yang tak tau apa-apa...yang geramnya dia tinggalkan anak dia pada jantan Sudan tu, anak dia asyik kena dera jer, xcukup dengan tu, kena rogol, kena liwat...MasyaAllah. Ibu jenis apa ni? tak logik la kalau dia tak tau perbuatan jantan keparat tu. Mengikut siasatan terdapat kesan kecederaan dipukul yang dah lama dan baru.
Ish, yang paling xfaham tu...boleh pulak pi bagitau anak dia mati kena dera ngan pembantu rumah. Napa nak lindungi jantan tu lagi? Wei..yang meninggal tu, anak...anak hang la...ish geramnya aku...
Mohon padaMu Ya Allah agar dilindungi semua anak-anak kecil di dunia ini dari sebarang malapetaka dan bencana...Jauhilah mereka daripada semua orang yang berniat jahat pada mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah serta berbakti kepada ibu bapa serta membesar bersama keimanan...amin.

Wednesday, October 21, 2009

Good for parents

Nak kongsi sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama-sama.

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak2

Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.
Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:
1. Ambil wudhuk
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan
3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (3x)
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak2 semasa bacaan di lakukan.
5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.
Rawatan:
1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4Qul
Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku... jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.
Selamat mencuba.

Thursday, October 8, 2009

Letihnya...

Minggu ni aku betul-betul busy... sebab nak tanggung kes kak Sob (Pen.Pegawai Penilaian w27 yang bertanggungjawab terhadap kes di kawasan Seberang Perai Selatan macam aku jugak). Kak Sob kursus seminggu di INSPEN, katanya en.Haneef (Pegawai Penilaian w41) dah willing nak tolong aku setel kes kak sob kalau aku tak sempat. "Bagi je fail kat en. Haneef...Lagipun siaaaannn sufiah..." hehheh...tapi aku segan gak sebenarnya nak passing2 kes atau keja aku kat orang...Walaupun aku macam xsempat dan cepat letih sekarang aku mesti setelkan jugak...huhu...Lepas raya ni jugak aku rasa berat badan aku bertambah-tambah (baby membesar + makan triple dari biasa). Sebab baaaanyak sungguh jamuan raya...aku pun sekarang pantang tengok makanan asyik nak makan jer... Kadang aku xnak, member-member lak bagi dorongan...makanlah..makanlah..sian baby...Padahal mak baby yang lebih2.ha3 Nampaknya dah makin banyak pengumpulan lemak dalam badan aku ni. Takkan badan aku nak geng size kaklong kot...oohh ni la first time aku rasa risau pasal badan aku. Sebelum ni yela makan macam na pun aku maintain jer...hah sekarang? ambik...xper2, mudah2an lepas bersalin aku leh kurus macam dulu balik.
Hmm...Well gambar jamuan raya pun aku xsempat nak amik lagipun kamera ada pada hubby. Hubby jadi urusetia kursus di Langkawi minggu ni. Hujung minggu pun ada program pejabat, lawatan NURI. huhu tak jumpa ngan hubby la aku minggu ni. Mak pun ada program di Pantai Merdeka hujung minggu ni 3 hari 2 malam. So, aku xpasti lagi nak balik kampung ker tak minggu ni.
Sekarang aku dah mula simpan bajet untuk sambut org baru. List barang2 yang aku rasa penting...mak ai banyaknya..Maklumlah kali pertama nak sambut baby. Banyak juga lah bajetnya...tapi aku xdalah belilah barang2 lagi sebab org kata x elok buat persiapan awal sangat. (yaka?) Aku xlah percaya sangat benda2 macam ni, rasanya persiapan awal lagi bagus...xlah kelam kabut. Tapi sekarang aku prepare bajet dulu jer, maybe masuk bulan ke 6 atau ke 7 nanti baru aku pergi cari barang ngan hubby. Lagipun tunggu ada sale lagi jimat... kita kan kena jadi pengguna yang bijak...hehhe
eh, dah masuk time keja ni...sampai sini dulu lah...to be continued...daaa...

Friday, October 2, 2009

Puasa & Raya...

Hari ni dah raya ke 13...hehe tapi aku kan slalu ketinggalan...hehe...well puasa tahun ni aku happy sangat sebab 1st time aku berpuasa sebagai seorang isteri dan bakal ibu. Actually xda banyak perbezaan pun dari tahun-tahun sebelum ni cuma ada beberapa perkara yang agak bermakna menjengah dalam fasa kehidupan aku Ramadhan ni....
Aku dan suami masih berjauhan...hujung minggu jer jumpa, itu selang seling minggu ni balik Simpang 3, Tanah Merah...minggu depannya balik Guar Chempedak pulak...memang kadang2 terasa jugak kepenatan tu dengan keadaan aku yang agak teruk morning sicknessnya ni... Tapi bila dah ada rumah & tangga niii kena la ada tolak ansur kan?
Lagipun bulan NOvember nanti aku akan stay ngan hubby dah...kami akan menyewa di Alor Setar...aku berulang naik bas la pulak lepas ni pi keja....tapi wat masa sekarang belum jumpa rumah yang sesuai lagi...

Eh, masuk bab raya la pulak..... Raya tahun ni aku x amik cuti pun sebab cuti dah xberapa hari jer yang tinggal...Raya pertama aku beraya di sebelah hubby la....1st time beraya, cium tangan suami di pagi raya...syahdunya...Pakai baju sedondon dengan hubby....Kami pergi sembahyang raya bersama-sama di Masjid Tanah Merah, lepas tu pergi ziarah & bacakan Yassin di kubur arwak Mak Kamariah...then...jalan2 pergi beraya rumah saudara mara di Banggol Besi & area rumah hubby kat Simpang 3. huh...letihnya...esok nak balik Guaq pulak...

Pagi yang xpagi sangat kami balik Guaq...beraya dengan mak ayah...naik 2 buah kereta kami sekeluarga balik kampung di Jeneri... Tempat pertama, kami ziarah & bacakan Yassin di kubur arwah tok & wan... Rindu pada tok & wan...ayah nampak sedih...airmata ayah bergenang jer...
Lepas tu kami terus ke Kampung Tok Aris lah...ziaah wan pulak & sedara mara yang berdekatan...

Sampai di rumah dah malam gak la..letihnya...esoknya hubby dah kerja...sian dia...aku lusanya baru start keja....Gambar hari raya aku xsempat nak upload...huhu

REsePSI suFiah & SyahLAn

okaik....meh nak sambung cerita...amboi kaklong....bising nooo org x update blog...hehe wa manyak busy maaa....oklah, nak wat ringkasan jer nih. gambar pun xdan nak upload banyak2...huhu...

Sebelum majlis perkahwinan aku berlangsung 18/07/2009 hari tu hampir2 2 bulan jugak la aku terlibat dengan kursus....memang kelam kabut jugak la persiapan aku...ramai jugak kawan-kawan yang aku tak sempat nak jemput....ni gambar masa aku pi indukc kat INSPEN.












My wedding day....yang bestnya hari kenduri aku ni...semua ahli keluarga balik termasuk yang dari Germany tu... kaklong balik masa aku tengah indukc, xdan nak bercerita sakan. Aku balik kg pun lagi beberapa hari nak kenduri. itu pun aku dah skip modul 3 memandangkan kesihatan aku xberapa nak memberansangkan..hehhehe nape?

Rezeki dari Allah Taala...i'm pregnant. So, bersanding 3 org lah... nasib baik hari kenduri aku ok tapi pinggang aku laa...problem sikit...









bersama anak-anak buah (kurang lagi 2 org ni)


2 hari lepas kenduri sebelah aku, pejabat hubby ada buat program KEMBARA DURIAN la pulak...aku actually malas nak join, seganlah tapi yang wat aku tertarik tu wat makan durian kat JENERI (rumah kawan hubby dan kawan aku jugak la sejak dari kami aktif silat dulu. Tapi setelah diselidik, dia ni merangkap adik beradik aku jugak. Betullah kata mak, kat Jeneri tu boleh kata semua ada sangkut adik beradik...heheh oh lupa nak bagitau, our friends ni namanya Bob...) Best, kami pi dusun Bob makan durian sakan....sampai nak keluar isi durian tu dari perut...heheh lepas setel kembara makan durian tu, ada program lagi nak pi mandi manda di Bukit Hijau, tapi aku & hubby xjoin. Kami pergi tengok tokwan.



Pakat-pakat dok tunggu durian runtuh





Sehari sebelum kenduri di rumah sebelah hubby, kaklong & family dah nak balik Jerman. So, pictures ni kat rumah sebelum diorang naik flight.


Sebenarnya nak amik gambar anak-anak mak ayah 7 org jer tapi ada jer yang nyibuk..huhu