Tapi semalam aku masuk dapur nak masak lebih kurang untuk anak-anak. Bila aku masuk ja ke dapur. Budak-budak tu pun nyebok lah... Memandangkan en.suami xda kat umah, aku relax ja lah biaq budak-budak explore apa saja tapi masih di bawah pengawasan (sebenaqnya aku xlarat nak bertempik riuh rendah dah) hehehe... Kalau ada en.suami, dia jenis sangat berhati-hati. Jenuh aku tahan telinga kena bising sebab biaq anak-anak main kat dapur. Tapi memang dari dulu aku suka dedahkan anak-anak dengan kerja rumah walaupun di dapur. Semak memang semak la tapi dalam budak-budak tu dok menyemak kat dapur sambil menyemakkan & menghuru harakan keadaan dapur aku, aku suka minta tolong anak-anak aku walaupun baru berumur 2- 3 tahun (hampir).
Kadang-kadang berebut budak-budak tu nak tolong, so aku kena la bahagi-bahagi tugas (ceh tugas la sangat). Bahagian cedok beras selalunya umaira paling suka, sekarang dia dah pandai bila nak cedok beras dah xpayah suruh dia akan baca Basmallah... =) Bahagian kira-kira bawang selalu umar la take part, bukan apa sambil-sambil tu dia boleh buat bawang tu jadi bola
**************
Sekarang umar baaaaaaanyak sangat soalan. Sampai x terjawab aku.
"Umi awat umi boh ayaq dalam beras tu?"
"Umi awat tutup api?"
"Umi awat xbagi umar potong?"
"Umi..awat..." "Umi...awat..."
Last sekali soalan penutup bila aku dah tahap hilang sabaq nak jawab soalan dia, dia akan tanya lagi.
"Umi awat umi marah umar? Umi xsayang umar?"
Ni la soalan killer, rasa nak menitik air mata aku.
" Bukan xsayang..umi sayang umar sangat2... Tapi umar tanya umi banyak sgt. Umi xlarat la... simpan la sikit untuk esok.."
"Owhhh... umi xlarat... ok umi...i love u..." =)
Umar juga dah matang... Pandai jaga adik dia & banyak mengalah. Baguslah, sebab nanti nak tambah lagi adik ni... hehehe... Cuma xtahan kat mulut yang cakap banyak tu. Sampai dah lena pun bercakap lagi... hehehe Umaira pulak x feminin langsung. Nakalnya sama macam abang dia. Dah la rambut xpanjang-panjang. P mana-mana orang mesti akan ingat dia budak lelaki.. hehehee....
*************
Ya Allah terima kasih kerana kurniakan aku suami yang penyabar & anak-anak yang bijak. Berilah aku kekuatan & kesabaran dalam menjadi seorang isteri & umi yang terbaik kepada mereka...