Friday, September 9, 2011

:::[Hari Raya]:::

Assalamualaikum...

Hari ni dah 10 Syawal 1432... Sempat lagi kot aku ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua... ohya sebenarnya hari raya hanya disambut pada 1 Syawal jer sebab tu 2 Syawal kita dah boleh mula puasa 6. Tapi kat Malaysia ni memang raya sakan... sebulan gitu. Termasuklah aku.. hehehe

Tapi raya tahun ni aku berala kadar jer... yerla demam teruk dok pulun goreng kuih peneram mak aku sampai tersengguk kepala nak masuk dalam kuali... seb bek ada ayah aku dok wat lawak spastik dia... hehehe...

Tahun ni sepatutnya seperti tahun sebelum ni aku akan beraya di umah mertua tapi disebabkan kondisi mak aku yang sangat kesian sebab nak kena siapkan tempahan kuih untuk raya & kenduri, hubby yang sangat memahami suruh raya di umah mak aku ja sebab dia kesian sangat kat mak aku...yessszzzaaa... i like! hehehe... so beraya la kami di umah mak aku.

Pagi raya biasa jer... cuma time bersalam peluk cium bagai ngan mak ayah aku tu aku punya la feeling lebih... sayu ja... mengalir jugakla airmata darah aku ni...sob sob sob... banyak dosa tu ngan mak ayah... pastu kami pi ziarah kubur arwah mak mertua aku. Raya umah kawan-kawan, sedara mara... Raya kedua malam baru balik umah mertua... pastu sesi beraya umah sedara sebelah hubby pulak... Tapi tula tahun ni memang letih gila la sebab aku xberapa sihat, anak-anak pun demam jugak. Meragam jer la budak-budak tu. Tapi Alhamdulillah hubby memang sangat sporting & memahami... Hubby yang banyak tolong aku handle anak-anak... love u lah lalink...

tu je la rutin raya kami every year... sebenarnya amalan ziarah menziarahi ni xperlu tunggu raya pun... bila-bila pun boleh. Tapi dah jadi macam adat pulak kan kita orang melayu ni, nak kena tunggu raya baru boleh ziarah sanak sedara... hmmfff...

Apa yang xbestnya raya ni aku lupa bawa balik kamera lak... awh aku suka amik gambaq snap sana sini sampai hubby & anak-anak aku malas nak layan... hehe kat bawah ni aku letak jugak la gambaq raya aku...snap pakai kamera handphone jer huhu~

Syafia Umaira

Anak-anak xmo tengok kamera...huhu

Ni la 3 orang buah hati aku

tu jer yang aku up date. xda n3 menarik kali ni... next n3 aku nak citer pasai "takut kerana berani"...


0 comments:

Post a Comment