Wednesday, March 23, 2011

Lupa Password

Kurang lebih 7 bulan aku xlog in blog aku ni...(oh bukan setakat blog, FB, YM & email pun dah lama sangat aku xlog in)... Actually nak kata busy sangat tu xdalah sampai tahap gaban pun aku punya busy...Cuma xda mood nak online. Lastly selepas 7 bulan baru nak log in xboleh access pulak sebab aku lupa password. Haiiisshh!!! suka sangat lupa password apa saja kalau x tulis & simpan... Banyak sangat telan semut api kot tu yang jadi pelupa sangat tu...


Sebenarnya dalam tempoh 7 bulan ni ada banyak perkara yang berlaku...Perkara penting yang suka untuk aku highlightkan kat sini antaranya adalah (tapi ni kira rumusan jelah, aku kan malas nak wat karangan tapi aku suka wat rumusan...sebab tu masa sekolah dulu rumusan aku selalu dapat highest... ^_^) :-

  • Aku sekarang dah 36 minggu, menantikan masa untuk melahirkan anak kedua aku. Due date pada 16hb April 2011 nanti. Masa scan tempoh hari doktor kata baby girl... Xtaulah tapi aku sebenarnya xkisah pun baby girl ka baby boy ka... Asalkan selamat, sempurna & sihat sejahtera dah memadai bagi aku. Aku terima seadanya...hehe
  • My hubby dah dapat jawatan tetap selepas berjaya temuduga sebagai Juruteknik di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Wisma Darul Aman. (Hubby memang anak jati Kedah laaa... x merasa la aku nak merantau negeri lain) Apapun syukur sangat, sebelum ni jawatan di Bahagian Sumber Manusia sebagai Pembantu Tadbir sementara ja. Maybe rezeki anak-anak... Alhamdulillah.
  • Aku sekarang dah sewa rumah di Tandop, Alor Setar - Taman Desa Kamela. Actually baru sangat ja pindah. Baru nak masuk 2 minggu kami sekeluarga masuk rumah tu. Well, Alhamdulillah banyak kemudahan kat situ, dekat dengan pekan, kedai, sekolah, depan taman permainan & yang paling penting pengasuh Syafi Umar dok sebelah rumah ja...merangkap jiran & isteri kepada ex-officemate hubby masa kat BSM dulu. Namanya Kak Ani, baik sangat... Syafi Umar pun nasib baik jenis yang cepat mesra dengan orang. So far xda masalah... Mak & ayah pun suka dengan susanana taman tu. Ohya lagi satu yang kebetulannya, Kak Sata (officemate aku yang sama-sama berulang dari Alor Setar - Pulau Pinang) pun stay di taman yang sama. So, tiap-tiap pagi aku xyah susahkan hubby lagi untuk keluar awal sama-sama ngan aku untuk hantaq aku tunggu bas. Aku keluar dengan Kak Sata yang memang speed lah macam Formula 1 bila drive...dahsyat...heheh Hubby pun boleh keluar & hantar Syafi Umar lambat sikit.
  • Syafi Umar...^_^ dah setahun... Sudah pandai berjalan & sangat aktif. Langsung xleh dok diam. Tunggu time tido ja..tu pun puas nak tido...Dah boleh sebut beberapa perkataan - nak, tok, mak, nen, kak & wan... umi & abi xpulak dia sebut...haisshh...
Hmm.. itu dulu lah n3 pertama aku untuk tahun 2011 ni. Nanti aku update beberapa gambar yang sesuai... Hopefully broadband aku xlembab macam siput...



0 comments:

Post a Comment