Monday, March 28, 2011

Kecuaian Kakitangan Klinik Kesihatan

Sekarang kandungan aku dah masuk 37 minggu. Bermula 35 minggu hari tu aku dah mula check up perut every week. Memandangkan aku cuti Sabtu & Ahad, aku minta untuk check up every Ahad lah. Bab tunggu menunggu di klinik ni... aku rasa semua orang sedia maklum lah... Macam mana pun aku ok ja asalkan layanan yang diberikan tu ok & mesra.

Apa yang nak aku kongsi hari ni... pasai kakitangan klinik ibu mengandung & kanak-kanak yang aku selalu p wat check up perut tu jugaklah... Sebelum ni aku xda masalah nak tunggu lama-lama pun sebab staff dia baik-baik & kebanyakan memang kenal ngan aku. Tapi Ahad baru ni memang buat aku hangin satu badan la jugak...

Kebetulan, untuk check up kali ni sama tarikh untuk check up Syafi Umar. So, aku minta tolong mak temankan aku sebab anak aku ni aktif semacam, susah nak check aku & dia sekali ( Bukan setakat mak, tapi 3 orang puteri - anak buah aku pun ikut... ). Minta tolong mak yang bawa masuk Syafi Umar jumpa nurse. Kami pi waktu petang sebab xlah ramai sangat berbanding waktu pagi.

Syafi Umar dah setel, dok tunggu aku ja lambat gila. Dipendekkan cerita, dah setel semua dah masuk dalam kereta nak balik, aku tanya mak macam Syafi Umar? Nurse cakap apa? Mak kata hari ni cucuk setahun... APA??? baru bulan lepas cucuk setahun hari ni cucuk lagi? aku mula konpius. Mak aku kata " mak dah habaq dah bulan lepas dah cucuk dah. Tapi misi (nurse) tu kata xcucuk lagi, xmai bulan lepas..." Pastu dok gayut tpon ngan laki dia... Padahal, bulan lepas pun mak aku yang bawa Syafi Umar cucuk & aku xpernah miss appointment pun. Pastu dia order injection lagi untuk anak aku. Haisssshhh.....Tapi aku balik dulu hantaq mak, Syafi Umar & anak-anak sebab Syafi Umar dah ngantuk. Kesian dia lama tunggu & panas terik pulak tu.

Sampai ja kat rumah aku terus call klinik G**r C*******k. Aku tanya la anak aku cucuk apa hari ni? Padahal bulan lepas baru ja dah cucuk. Pastu nurse yang order injection untuk anak aku tu jawab "yang ni cucuk MMR, yang hari tu cucuk Hep B". Aku pun kata ok, letak telefon. Tapi aku check balik, aku pun tau baca jugak bahasa medic ni, dulu aku pernah keja kat spital jugak. Aiyakkk!!! bulan lepas tu injection MMR lah jugak... 2 kali injection la ni... aku p dok depan kipas angin & buka paling laju supaya sejuk sikit hati aku yang macam dah mula nak mendidih ni... Aku call sekali lagi, aku bagtau depa yang bulan lepas pun injection for MMR jugak apa? Macam mana ni? Lepas tu depa kata nak check kad kesihatan anak aku dulu. Pastu depa minta aku hantaq kad kesihatan anak aku & tanya bila boleh hantaq. Aku kata sekarang pun boleh. Tak buang masa aku terus drive p klinik tu balik (seb bek dekat ja klinik tu).

Sampai klinik macam kecoh jugak klinik tu... Nurse yang order injection tu xda... Nurse lain yang jumpa aku. Dia kata dia minta maaf banyak2 la sebab memang kecuaian depa. Depa pun dah conform dengan doktor, xkan ada effect apa-apa. MMR ni antibodi untuk demam campak & bengkak cantik (beguk). Kalau ikutkan hati aku nak ngamuk jugak kat klinik tu, tapi aku ni kan jenis lembut hati, aku cuma nak tau apa kesan pada anak aku, tapi kalau dah xda apa-apa aku xmaulah kecoh2. Aku cuma cakap kalau boleh lepas ni hati-hati la wat keja, ni yang xda effect kalau salah cucuk ada effect? Sapa yang nak tanggung?

Hubby aku dah bising-bising nak wat kes, ayah & mak pun. Tapi aku kata xyah la, kita tunggu dalam masa seminggu ni, tengok keadaan anak aku macam mana. Kalau ok, xda apa-apa xyahla buat kes. Bagi peluang agar depa lebih berhati-hati & jangan sangka orang yang p wat check up sekarang xtau tentang medic walaupun xkeja dalam bidang medic.

So, sekarang aku cuma memerhatikan keadaan anak aku la macam mana. Aku juga berdoa agar dijauhkan segala perkara buruk dari berlaku. Susulan daripada perkara ni jugak, buat aku malas dah nak pi check up kat klinik kerajaan.... urghhhh!!!!!



Wednesday, March 23, 2011

Lupa Password

Kurang lebih 7 bulan aku xlog in blog aku ni...(oh bukan setakat blog, FB, YM & email pun dah lama sangat aku xlog in)... Actually nak kata busy sangat tu xdalah sampai tahap gaban pun aku punya busy...Cuma xda mood nak online. Lastly selepas 7 bulan baru nak log in xboleh access pulak sebab aku lupa password. Haiiisshh!!! suka sangat lupa password apa saja kalau x tulis & simpan... Banyak sangat telan semut api kot tu yang jadi pelupa sangat tu...


Sebenarnya dalam tempoh 7 bulan ni ada banyak perkara yang berlaku...Perkara penting yang suka untuk aku highlightkan kat sini antaranya adalah (tapi ni kira rumusan jelah, aku kan malas nak wat karangan tapi aku suka wat rumusan...sebab tu masa sekolah dulu rumusan aku selalu dapat highest... ^_^) :-

  • Aku sekarang dah 36 minggu, menantikan masa untuk melahirkan anak kedua aku. Due date pada 16hb April 2011 nanti. Masa scan tempoh hari doktor kata baby girl... Xtaulah tapi aku sebenarnya xkisah pun baby girl ka baby boy ka... Asalkan selamat, sempurna & sihat sejahtera dah memadai bagi aku. Aku terima seadanya...hehe
  • My hubby dah dapat jawatan tetap selepas berjaya temuduga sebagai Juruteknik di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Wisma Darul Aman. (Hubby memang anak jati Kedah laaa... x merasa la aku nak merantau negeri lain) Apapun syukur sangat, sebelum ni jawatan di Bahagian Sumber Manusia sebagai Pembantu Tadbir sementara ja. Maybe rezeki anak-anak... Alhamdulillah.
  • Aku sekarang dah sewa rumah di Tandop, Alor Setar - Taman Desa Kamela. Actually baru sangat ja pindah. Baru nak masuk 2 minggu kami sekeluarga masuk rumah tu. Well, Alhamdulillah banyak kemudahan kat situ, dekat dengan pekan, kedai, sekolah, depan taman permainan & yang paling penting pengasuh Syafi Umar dok sebelah rumah ja...merangkap jiran & isteri kepada ex-officemate hubby masa kat BSM dulu. Namanya Kak Ani, baik sangat... Syafi Umar pun nasib baik jenis yang cepat mesra dengan orang. So far xda masalah... Mak & ayah pun suka dengan susanana taman tu. Ohya lagi satu yang kebetulannya, Kak Sata (officemate aku yang sama-sama berulang dari Alor Setar - Pulau Pinang) pun stay di taman yang sama. So, tiap-tiap pagi aku xyah susahkan hubby lagi untuk keluar awal sama-sama ngan aku untuk hantaq aku tunggu bas. Aku keluar dengan Kak Sata yang memang speed lah macam Formula 1 bila drive...dahsyat...heheh Hubby pun boleh keluar & hantar Syafi Umar lambat sikit.
  • Syafi Umar...^_^ dah setahun... Sudah pandai berjalan & sangat aktif. Langsung xleh dok diam. Tunggu time tido ja..tu pun puas nak tido...Dah boleh sebut beberapa perkataan - nak, tok, mak, nen, kak & wan... umi & abi xpulak dia sebut...haisshh...
Hmm.. itu dulu lah n3 pertama aku untuk tahun 2011 ni. Nanti aku update beberapa gambar yang sesuai... Hopefully broadband aku xlembab macam siput...